jagomart
digital resources
picture1_Makalah Integrasi Nasional 2


 245x       Tipe DOCX       Ukuran file 0.03 MB    


File: Makalah Integrasi Nasional 2
1 0 pengenalan profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina sesebuah tamadun bangsa ini adalah kerana bidang ini menitik beratkan konsep memanusiakan manusia bermula dengan memberi maklumat ...

icon picture DOCX Word DOCX | Diposting 22 Dec 2021 | 4 thn lalu
Berikut sebagian tangkapan teks file ini.
Geser ke kiri pada layar.
         1.0 - PENGENALAN
            Profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina
         sesebuah tamadun bangsa. Ini adalah kerana bidang ini menitik beratkan konsep
         memanusiakan manusia. Bermula dengan memberi maklumat sehinggalah dapat
         melahirkan seorang manusia yang kreatif dan kritis dalam menghadapi kehidupan dan
         cabaran yang sebenar. Pembinaan negara bangsa merupakan suatu asas yang
         disandarkan bagi menggapai kelangsungan taraf negara maju. Melalui konsep ini,
         sesebuah negara akan menjadi lebih kuat dengan corak mentaliti dan kesepaduan yang
         ada dalam diri masyarakat tersebut. 
            Sistem pendidikan merupakan medium yang terbaik untuk digunakan bagi
         merealisasikan impian ini. Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan asas transisi
         kepada penghasilan modal insan untuk memacu ke arah pembinaan negara. Tanpa
         pendidikan, proses pembinaan negara yang diimpikan tidak akan tercapai dengan
         jayanya. Dalam konteks pembinaan negara bangsa, pendidikan merupakan satu
         pendekatan yang terbaik bagi memastikan perencanaan konsep negara bangsa itu
         menjadi satu kenyataan. Dalam hal ini, negara memerlukan pendidik yang seimbang
         dari setiap aspek seperti jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
            Seperti yang kita maklum, negara Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri
         daripada komuniti yang berbeza adat dan bangsa. Bukan mudah untuk menjadikan
         negara berbilang bangsa ini mempunyai kesatuan yang utuh dalam membangunkan
         minda pasca merdeka. Untuk mengekalkan kesepaduan berbilang kaum ini, kerajaan
         telah memperkenalkan satu mekanisme yang memperkuatkan hubungan ini dengan
         memperkenalkan Integrasi Nasional. 
            Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, integrasi didefinisikan sebagai penggabungan
         dua atau beberapa kaum untuk menjadi satu kesatuan, manakala nasional diertikan
         sebagai yang berkaitan dengan bangsa sendiri mahupun identiti. Menurut Nadzan
         Haron dan Rozeman Abu Hassan (2010), integrasi bermaksud satu proses sosiobudaya
         dan sosiopolitik untuk mewujudkan jati diri kebangsaan yang diterima oleh semua rakyat
         walaupun berbeza dari segi rumpun bangsa, bahasa agama dan budaya.Maka Integrasi
         Nasional pula membawa maksud satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok
         etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama.
                            1
         Pada tahun 2006, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar perpaduan
         dan integrasi nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006-
         2010) yang bertujuan untuk memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di
         kalangan masyarakat. Pelan tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi
         nasional   dengan   merujuk   dasar-dasar   Kerajaan   yang   ada   dan   berteraskan
         Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020   
         2.0 –  KEPENTINGAN INTEGRASI NASIONAL   .
            2.1 – MEMUPUK DAN MEMPERTINGKATKAN PERPADUAN MASYARAKAT
         Perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu proses dinamik di mana rakyat
         daripada pelbagai kaum dan etnik yang berbeza sosio-budaya, agama, adat resam,
         wilayah   dapat   hidup   dalam   suasana   aman   damai   yang   berteraskan   kepada
         persefahaman, penghayatan kepada Perlembagaan serta menjadikan Rukun Negara
         sebagai teras budaya dan gaya hidup. Ia juga satu proses untuk mengukuhkan jalinan
         inter dan intra kaum dan etnik di negara ini. Mengapakah integrasi nasional amat
         penting dalam perpaduan? Hal ini kerana, definisi integrasi itu sendiri yang membawa
         maksud kesatuan dan penggabungan. 
            Maka sesebuah negara perlu untuk mempunyai satu hadaf mahupun tujuan yang
         satu ke arah melestarikan hidup bermasyarakat yang berbilang kaum dan etnik seperti
         Melayu, Cina, India, Bidayuh mahupun Bajau. Melalui cara seperti mengadakan rumah
         terbuka setiap perayaan yang disambut di Malaysia sebenarnya adalah salah satu kunci
         perpaduan. Daripada amalan ziarah – menziarahi, masyarakat dapat mengetahui adat
         resam sesuatu masyarakat dan cara pemikiran di samping mengeratkan hubungan
         ukhuwwah sesama bangsa. Jika kita mengabaikan perpaduan terutama di negara yang
         berbilang agama dan bangsa, justeru peristiwa berdarah 13 Mei 1969 pasti akan
         berulang kembali.
            George Santayana, sarjana Barat mengatakan bahawa  “Those who do not
         remember the past are condemned to repeat it ”   .Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969
         ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
         Negara menghadapi pelbagai dugaan pada fasa awal pascakemerdekaan. Politik, sosial
         dan ekonomi secara umumnya masih belum stabil. Apa yang boleh disimpulkan adalah
                            2
         pada ketika itu perhubungan antara kaum umpama api dalam sekam; sedikit pergeseran
         mampu mencetuskan pertelingkahan besar. Apabila satu kaum menyinggung kaum
         yang lain, maka terccetuslah pertelingkahan besar seperti peristiwa 13 Mei di Kuala
         Lumpur. Tarikh di mana mencetuskan sejarah paling hitam negara bermula apabila
         timbul perasaan bongkak satu kaum kerana memenangi kerusi pilihan raya. Setelah
         peristiwa 13 Mei ,telah tamatnya proses perpaduan negara atas prinsip asimilasi dan
         proses membina negara yang bersatu padu dilaksanakan atas prinsip integrasi nasional.
         Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah belajar mengambil ibrah dan
         pengajaran daripada sejarah-sejarah silam.
            2.2 – MEMELIHARA SOSIOEKONOMI NEGARA
         Perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam
         memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa
         sebarang halangan. Setiap golongan etnik diberi kebebasan untuk menceburi bidang
         ekonomi kerana mereka adalah rakyat Malaysia. Maka, mengapa harus disekat
         kebebasan menjalankan ekonomi seperti mana yang pernah dilakukan oleh penjajah
         British   sebelum   era   kemerdekaan   dengan   menetapkan   status   dan   peranan
         sosioekonomi yang berlainan bagi kaum Melayu, India dan Cina. 
            Contohnya golongan bangsawan Melayu diberikan jawatan dan kedudukan yang
         tinggi dalam perkhidmatan awam sementara orang Melayu kebanyakkannya digalakkan
         terus menetap di kawasan luar bandar. Orang cina dikawasan lombong dan di bandar
         manakala orang India mengusahakan lading-ladang getah. Impaknya, komunikasi
         proses interaksi menjadi terhad pada zaman itu serta mewujudkan jurang pendapatan
         yang tidak seimbang di antara kaum. Tidak dapat dinafikan suasana sosioekonomi ini
         telah   mengancam   proses   pembinaan   perpaduan   negara   kerana   menimbulkan
         ketidakpuasan hati antara kaum. 
            Melalui integrasi nasional, semua etnik boleh menjalankan ekonomi tanpa ada
         sebarang spesifikasi dan penetapan. Oleh yang demikian, dengan adanya konsep
         perpaduan melalui pertukaran idea pemasaran mahupun jual beli mampu untuk
         menjana ekonomi negara kita. Akhirnya,dengan berbekalkan perpaduan integrasi 1
         Malaysia ini, dapat menjana ekonomi negara Malaysia dengan pelaburan dari pelbagai
         bidang.   Ini   kerana,   konsep   perpaduan   mampu   memberikan   impak   positif   dalam
                            3
         perkembangan ekonomi. Sebagai bukti, Felda Global Ventures Holding (FGV) adalah
         syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia dari segi keluasan, manakala IHH
         Healthcare Bhd.(IHH) pula pengendali hospital terbesar di Asia. Antara salah satu faktor
         kejayaan ekonomi negara itu juga adalah hasil daripada kesungguhan rakyat Malaysia
         yang terdiri daripada usahawan, graduan sehingga pekerja dalam industri-industri utama
         atas sumbangan mereka serta pengawasan ekonomi yang mantap oleh pihak kerajaan,
         khususnya melalui pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
            2.3 – MENJAGA KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN NEGARA
         Kehidupan masyarakat di Malaysia disinonimkan dengan peribahasa ‘bagai aur dengan
         tebing’.   Walaupun   penduduk  Malaysia   berbilang   kaum,   namun   semangat   tolong-
         menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.
         Perpaduan integrasi nasional merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa
         integrasi , tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati. Kepentingan integrasi dapat
         menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum merdeka,
         pelbagai ranjau berduri yang telah dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut
         kemerdekaan.   Hasil   integrasi   perpaduan,   Tanah   Melayu   ketika   itu   sama-sama
         berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya
         memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
            Implikasinya, masyarakat pada hari ini hidup harmoni tanpa gangguan dan
         kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada nenek
         moyang. Oleh yang demikian, kita haruslah berusaha untuk bersatu padu agar dapat
         bersatu menentang penjajah daripada menjajah negara kita. Usahlah kita berpaling taat
         setia kepada negara sendiri sebagaimana Si Kitol yang telah menjadi tali barut kepada
         penjajah dengan membocorkan rahsia pihak Orang Melayu. Justeru, dalam usaha untuk
         merealisasikan integrasi perpaduan agar menjadi realiti, maka kita perlu lebih banyak
         melahirkan tokoh-tokoh seperti Tun Tan Siew Sin (bekas MCA) dan Tun Sambathan
         (bekas MIC) dan   yang bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati
         kedudukan istimewa orang Melayu. Dalam masa yang sama, bekerjasama bersatu
         kearah mencapai gagasan Malaysia bersama-sama pemimpin orang Melayu, Tunku
         Abdul Rahman Putra Al-Haj. Melalui kerjasama tokoh-tokoh tersebut akhirnya mampu
         untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara daripada ditakluk oleh negara
         luar dan kesepaduan kaum terjamin.
                            4
Kata-kata yang terdapat di dalam file ini mungkin membantu anda melihat apakah file ini sesuai dengan yang dicari :

...Pengenalan profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina sesebuah tamadun bangsa ini kerana menitik beratkan konsep memanusiakan manusia bermula dengan memberi maklumat sehinggalah dapat melahirkan seorang yang kreatif dan kritis menghadapi kehidupan cabaran sebenar pembinaan negara merupakan suatu asas disandarkan bagi menggapai kelangsungan taraf maju melalui akan menjadi lebih kuat corak mentaliti kesepaduan ada diri masyarakat tersebut sistem pendidikan medium terbaik untuk digunakan merealisasikan impian hal demikian transisi kepada penghasilan modal insan memacu ke arah tanpa proses diimpikan tidak tercapai jayanya konteks pendekatan memastikan perencanaan itu kenyataan memerlukan pendidik seimbang dari setiap aspek seperti jasmani rohani emosi intelektual kita maklum malaysia sebuah terdiri daripada komuniti berbeza adat bukan mudah menjadikan berbilang mempunyai kesatuan utuh membangunkan minda pasca merdeka mengekalkan kaum kerajaan telah memperkenalk...

no reviews yet
Please Login to review.