Authentication
294x Tipe DOCX Ukuran file 0.16 MB
2.1 BEKERJA DENGAN BANYAK HELAIAN KERJA A. Menavigasi semua helaian dalam buku kerja 1. Untuk melihat buku kerja (workbook) sebelah kanan, tekan kekunci Ctrl+Page Down 2. Untuk melihat buku kerja sebelah kiri, tekan kekunci Ctrl+Page Up 3. Untuk melihat senarai semua buku kerja, pergi ke hujung bawah kiri, klik kanan tetikus pada anak panah. B. Mengedit sel di dalam dua buku kerja pada satu masa 1. Pilih buku kerja pertama yang hendak di edit. 2. Tekan Shift dan tab lain-lain. 3. Ubah helaian kerja. Pengubahsuaian akan dibuat kepada semua buku kerja yang diserlahkan (Highlight). 4. Apabila selesai, tekan salah satu buku kerja, klik kanan tetikus, tekan “Ungroup Sheets”. C. Menambah, menamakan dan menyusun helaian kerja 1. Menambah satu Helaian Kerja baru Untuk menambahnya, buat salah satu langkah dibawah: a. tekan tab “Insert Worksheet” di bawah skrin. b. Tekan “Home” > “Insert” > “Insert Sheet”. (Pintasan: Alt, H, I, S) 2. Menambah banyak helaian kerja pada masa yang sama, a. tekan kekunci Shift dan pilih bilangan tab helaian kerja yang sama yang hendak dimasukkan. b. Tekan “Home” > “Insert” > “Insert Sheet”. (Pintasan: Alt, H, I, S) 3. Menamakan helaian kerja a. Pada bar tab Helaian, klik kanan pada tab helaian yang hendak dinamakan, dan klik “Rename Sheet”. b. Pilih nama yang diberi, dan taip nama baru helaian. 4. Membuang satu atau lebih helaian kerja a. pilih helaian kerja yang ingin dibuang. b. tekan “Home” > “Delete” > “Delete Sheet” (pintasan: Alt, D, S) 5. Menyusun Helaian Kerja a. Klik tab yang hendak dipindahkan b. tarik ke tempat yang diingini. D. Membuka, menyusun banyak tetingkap dalam helaian kerja 1. Buka buku kerja yang hendak disusun. 2. Tekan “View” > “Arrange All” (Pintasan: Alt, W, A). Kotak dialog Arrange Windows akan muncul. 3. Pilih jenis pilihan untuk menyusun dan tekan butang OK: a. Tiled – Semua Buku kerja akan disusun secara bersebelahan b. Horizontal – Semua Buku kerja akan disusun secara melintang c. Vertical – Semua buku kerja akan disusun secara menegak d. Cascade – Semua buku kerja akan disusun secara bertindih E. Memaparkan dua helaian kerja bersebelahan 1. Tekan “View” > “New Window”. (Pintasan: Alt, W, N) 2. Tekan “View” > “View Side by Side”. (Pintasan: Alt, W, B) 3. pada setiap tetingkap buku kerja, klik helian yang mahu dibandingkan. 4. untuk menggerakkan kedua-dua buku kerja serentak, klik Tekan “View” > “Synchronous Scrolling”. (Pintasan: Alt, W, VS) F. Memindah atau menyalin buku kerja ke buku kerja lain 1. pastikan buku kerja lain telah dibuka. 2. pilih helaian kerja yang ingin disalin atau dipindahkan. 3a. Tekan “Home” > “Format” > “Move or Copy Sheet”(pintasan: Alt, H, O, M). Kotak dialog Move or Copy akan muncul. 3b. Klik kanan tetikus tab helaian, dan klik “Move or Copy”. 4. Dalam kotak dialog, di kotak “To:”, pilih buku kerja yang ingin dihantar salinan atau dipindahkan. 5. tandakan pada kotak “Create a copy” untuk menyalin helaian kerja sahaja. G. Membina pautan antara dua helaian kerja 1. Buka buku kerja yang ingin dibuat pautan. 2. Pilih sumber lembaran. Hitamkan kawasan sel yang hendak dibuat pautan. 3. Klik kanan tetikus, pilih “Copy”. (Pintasan: Ctrl+C) 4. Pilih destinasi lembaran. Pilih kawasan sel yang hendak diletakkan pautan. 5. Klik kanan tetikus, pilih “Paste Special” > “Paste Link”. (Pintasan: Klik Kanan, S, N) H. Membina rumusan helaian kerja mempunyai nilai dari helaian kerja lain 1. Kenal pasti kawasan sel yang ingin dibuat pautan di setiap helaian. 2. Bina baru helaian kerja Rumusan. 3. Masukkan formula. =INDIRECT(&”!”& ). Contoh: =INDIRECT(A2&”!”&B6) 2.2 FORMAT BERSYARAT A. Menggunakan format bersyarat untuk sel 1. Pilih kawasan sel yang ingin diformatkan. 2. Tekan “Home” > “Conditional Formatting” > pilih jenis format yang berkaitan. Cth: mencerahkan nilai yang sama : “Highlight Cells Rules” > “Duplicate Value” (Pintasan: Alt, H, L, H, D). Kotak dialog akan muncul. 3. Pilih tetapan yang bersesuaian. Tekan OK B. Membina format bersyarat sendiri 1. Pilih kawasan sel yang ingin diformatkan. 2. Tekan “Home” > “Conditional Formatting” > “New Rule” (Pintasan: Alt, H, L, N). Kotak dialog akan muncul. 3. Pilih “Use a formula to determine which cells to format”. 4. Masukkan formula. Contoh: AND(COUNTIF($A$2:$A$10,A2)>1,B2>100) 5. Pilih gaya format dan klik OK. C. Membersihkan syarat berformat dari sel 1. Pilih kawasan sel yang ingin diformatkan. 2. Tekan “Home” > “Conditional Formatting” > “Clear Rule” > “Clear Selected Cell” (Pintasan: Alt, H, L, C, S). D. Membina format Sparkline 1. Pilih kawasan sel kosong. 2. Tekan “Insert” > pilih jenis carta yang diingini; Line, Column, Win/loss. Kotak diaalog akan muncul. 3. Di kotak “Data Range:”, pilih sel yang mempunyai data.
no reviews yet
Please Login to review.