jagomart
digital resources
picture1_Makalah Hak Asasi Manusia


 459x       Tipe DOCX       Ukuran file 0.03 MB    


Makalah Hak Asasi Manusia
...

icon picture DOCX Word DOCX | Diposting 25 Dec 2021 | 4 thn lalu
Berikut sebagian tangkapan teks file ini.
Geser ke kiri pada layar.
               Hak asasi  manusia merupakan asas dan pemangkin kepada kewujudan manusia. Ianya
               bersifat universal dan tidak boleh dibahagikan  serta saling bergantung diantara satu sama
               lain. Menurut kamus dewan hak asasi ialah hak dasar manusia seperti hak kebebasan
               bersuara,   kebebasan   beragama,   kebebasan   bergerak   dan   sebagainya.   Walau
               bagaimanapun konsep dan maksud hak asasi manusia ini turut berubah mengikut
               peredaran zaman serta mempunyai tafsiran yang lebih meluas. Dalam Perisytiharan Hak
               Asasi Manusia Sejagat 1948, Konvenan Antarabangsa Hak-hak Sivil dan Politik 1966 dan
               Konvenan  Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966 konsep hak asasi
               yang dibincangkan tidak terbatas kepada hak-hak berikut:
                       (i)    Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan
                              menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan
                              di bawah undang-undang berada dalam hak sivil dan berpolitik
                       (ii)   Hak   kepada   pendidikan,   pekerjaan   dan   rekreasi,   hak   menikmati
                              perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta
                              persekitaran yang selamat berada di bawah hak sosial, kebudayaan dan
                              ekonomi.
                       Menurut Rousseau setiap anggota masyarakat akan melepaskan hak individu
               tertentu untuk mendapatkan  keselamatan sosial yang mempunyai kepentingan bersama.
               Pemikiran beliau ini menjadi pemangkin kepada pemikiran hak asasi manusia versi moden.
               Sepanjang   pembentukan   tamadun   moden,   imbangan   antara   hak   individu   dan   hak
               masyarakat menjadi topik utama dalam  perdebatan berkaitan hak asasi manusia.
                       Idea asal kemunculan hak asasi manusia berasal daripada Tamadun Greek. Ahli-ahli
               falsafah seperti Aristotle dan Plato menyatakan bahawa idea-idea hak asasi berkaitan
               dengan hak kebebasan, hak sama rata serta hak untuk mendapatkan keadilan di Athens.
               Aristotle merumuskan bahawa hak kebebasan mengundi perwakilan, hak sama rata untuk
               dipilih   sebagai  perwakilan atau hak kebebasan menyuarakan pendapat ketika badan
               perhimpunan bersidang    serta   kuasa   mentadbir   masyarakat   terletak   dalam   tangan
               masyarakat itu sendiri (rule by the people for the people)1. Manakala menurut Plato
               kehidupan masyarakat haruslah sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dan
               kepentingan masyarakat  dijaga bersama-sama. Sekiranya setiap individu menjaga serta
               mengamalkan peranan masing-masing dalam kehidupan bermasyarakat, ketidakadilan tidak
                            2
               akan berlaku . 
               1 Aristotle : The Politics and The Constitution of Athens. Edisi kedua, USA
               2 Plato, 1974. The Republic. Terjemahan D.Lee.Midlesex m/s 28
                                                             1
           Terdapat tiga faktor utama yang dinyatakan telah membawa kepada kemunculan hak
        asasi manusia berdasarkan pendapat tiga orang tokoh falsafah terkemuka dunia seperti
        Thomas Hobbes, John Locke dan Jean Jasques Rousseau3. Antaranya ialah faktor
        kekejaman pihak pemerintah, persaingan dari segi ekonomi dan kemunculan aliran
        realisme. Faktor kekejaman pemerintah menurut Hobbes ialah manusia mempunyai sifat
        alamiah yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Maksudnya ialah manusia berperang
        untuk memenuhi kepentingan dan keinginan diri masing-masing (war of all against all)4.
        Pada zaman pencerahan ketiga-tiga tokoh ini menyatakan  bahawa kontrak sosial perlu
        diwujudkan untuk menjamin keutuhan wilayah dimana pemerintah dan rakyat saling
        menghormati hak masing-masing. Kerajaan perlu memelihara keamanan dan rakyat
        memberi taat setia kepada pemerintah selagi pemerintah tidak bertindak zalim. Dari sudut
        faktor persaingan ekonomi, hak sosial dan hak ekonomi ditekankan   dan seterusnya
        melanjutkan perkembangan hak asasi manusia. British telah bersaing dengan koloni
        Amerika dan mengakibatkan berlakunya konflik ekonomi diantara negara-negara tersebut.
        Persaingan ekonomi yang berlaku sememangnya menimbulkan sifat tamak dan jurang
        sosial yang tinggi diantara negara yang kaya dan negara yang miskin. John Locke
        mengemukakan idea bahawa tindak balas persaingan ekonomi yang berlaku adalah
        ekonomi yang bersifat liberalisme dimana kerajaan harus membiarkan pasaran berjalan
        bebas (laize faire) untuk menjamin hak peniaga-peniaga kecil daripada dikenakan cukai
        yang tinggi seterusnya mewujudkan kestabilan dan keadilan sosial kepada semua. Faktor
        realisme ialah mentaliti manusia moden yang diperolehi daripada kaedah penakulan
        manusia.   Menurut   Hobbes,   Locke   dan   Rousseau   sesuatu   kematian   atas   sebab
        pembunuhan tidak boleh dirasionalkan sebagai ketentuan Tuhan, tetapi hak untuk hidup
        bagi manusia perlu dipertahankan melalui peruntukan hak asasi manusia sama ada dalam
        undang-undang ataupun perlembagaan. Hakikatnya, hak asasi manusia didorong oleh
        pemikiran manusia yang mementingkan rasional berbanding epistemologi ketuhanan. 
           Tiga tonggak utama yang terdapat didalam hak asasi manusia ialah hak melindungi
        diri, hak kebebasan dan hak memiliki harta benda. Hak melindungi diri ialah hak yang paling
        utama dimana Hobbes dan Locke melihat faktor internal dan Rousseau melihat faktor
        eksternal   yang   menyebabkan   manusia   mementingkan diri.   Bagi   mereka   nyawa   dan
        keselamatan manusia merupakan perkara yang perlu dilindungi. Hobbes dan Locke
        mentafsirkan   rasional   hak   melindungi   diri   terletak   pada   persamaan   hak   (equality).
        Maksudnya semua manusia mempunyai hak membunuh, mendera, atau mencedera
        sesiapa sahaja, contohnya orang miskin boleh membunuh orang kaya ataupun sebaliknya.
        Daripada persamaan ini Hobbes dan Locke melihat manusia sesama manusia sebagai dua
        3 Noraihan Zakaria 2007, Konsep hak asasi manusia m/s 4-11
        4 Ibid, m/s 7
                              2
        kuasa sama yang saling bertentangan (two equal forces of individual against individual) dan
        akan sentiasa hidup dalam ketakutan5. Oleh itu, bagi menamatkan keadaan kacau bilau ini
        keperluan untuk melindungi diri perlu diamalkan oleh manusia secara universal.
           Ketidaksamaan pangkat, darjat, harta atau kuasa  menyebabkan golongan yang kuat
        menindas golongan yang lemah menunjukkan ketidaksamaan ataupun inequality menurut
        Rousseau. Contohnya golongan aristocrat Perancis yang menggunakan kedudukan mereka
        untuk menguasai pihak gereja supaya mengerah petani-petani miskin membayar cukai dan
        jika cukai tidak dibayar mereka akan dipaksa, dicedera, dibunuh, dipenjara dan harta benda
        dirampas. Situasi yang kucar-kacir ini menunjukkan bahawa golongan yang kuat akan
        berkuasa dan menetang golongan yang lemah (the privileged and strong against the weak
        and unfortunate). Daripada pengertian ketiga-tiga tokoh tersebut, kontrak sosial memainkan
        peranan penting untuk mengikat tanggungjawab individu di antara satu sama lain agar hak
        melindungi diri tidak dicerobohi oleh sesiapapun. Pihak pemerintah memainkan peranan
        penting   dalam   pelaksanaan   dan   pemantauan   undang-undang   bagi   menjamin   hak
        melindungi diri dalam masyarakat.
           Hak kebebasan diri bermaksud, manusia berhak melakukan sebarang pergerakan
        ataupun mobility supaya kehidupan mereka terpelihara dan berada dalam keadaan selesa
        tanpa perlu bergantung kepada sesiapa. Hak kebebasan ini terbahagi kepada tiga aspek
        iaitu   politik,   agama   dan   perhambaan.     Dalam   hak   kebebasan   berpolitik   Rousseau
        menyatakan bahawa apabila rakyat mengamanahkan  hak mereka kepada individu ataupun
        ajen   kerajaan   yang   dilantik,   mereka   berperanan   dalam     menjadi   perantara   untuk
        memastikan kelancaran kontrak sosial. Kuasa ditangan kerajaan hakikatnya ditentukan oleh
        rakyat sendiri kerana rakyat berhak untuk memilih peneraju kerajaan yang memerintah dan
        berhak menggubal undang-undang mengikut suara majoriti. Namun begitu perlindungan hak
        rakyat tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada satu kuasa sahaja kerana tanpa kawalan
        kuasa tersebut akan memonopoli urusan pentadbiran sepenuhnya dan akan bertindak
        secara kuku besi ataupun ditaktor. Oleh itu, Locke dan Hobbes menyarankan agar urusan
        pentadbiran tersebut dibahagikan kepada eksekutif, legislatif dan kehakiman. Setiap badan-
        badan ini berperanan dalam menlaksanakan tugas masing-masing seperti mentadbir urusan
        negara berada di bawah tadbir urus badan eksekutif, penggubalan dan penguatkuasaan
        undang-undang di bawah legislatif dan badan kehakiman berperanan untuk mengadili dan
        menghakimi permasalahan yang berkaitan dengan undan-undang. Perkongsian kuasa di
        antara ketiga-tiga badan utama ini akan melancarkan proses pentadbiran negara tanpa
        wujudnya sebarang karenah birokrasi.
        5 Ibid, m/s 13-14
                              3
          Pandangan Hobbes, Locke dan Rousseau berkaitan hak kebebasan beragama
       ditentang oleh sesetengah pihak. Karya Leviathan (Hobbes), A Letter on Toleration (Locke)
       dan The Social Contract (Rousseau) telah mengundang pelbagai tuduhan daripadaa pihak
       gereja kerana dilihat mencerca dan menghina Tuhan. Hakikatnya, interpretasi terhadap
       ketiga-tiga tokoh ini sebenarnya tidak menolak sepenuhnya kebebasan beragama. Individu
       boleh memilih mana-mana agama untuk mereka anuti selagi pengaruh agama berlaku
       dalam lingkup pemikiran manusia sahaja. Locke menjelaskan sesuatu ibadat bergantung
       kepada kepercayaan individu dan pegangan agama boleh berlaku di peringkat kerohanian
       sahaja. Pendapat Locke ini mengundang kontroversi kerana beliau tidak menolak agama
       tetapi   memisahkannya   daripada   sistem   pemerintahan.   Rousseau     menyatakan   hak
       kebebasan beragama bersifat sekularisme di mana tidak ada lagi agama nasional yang
       eksklusif. Maksudnya semua agama yang bertolak ansur dengan norma-norma agama yang
       tidak bertentangan dengan kewajipan sebagai warganegara dianggap selamat kerana
       negara   dan   raja   yang   memerintah   adalah   ketua.   Perbezaan   pendapat   ini     sering
       diperdebatkan, namun apa yang jelas  hak bebas memilih dan toleransi agama menjadi
       sebahagian daripada doktrin hak asasi manusia.
          Hak kebebasan daripada perhambaan merupakan salah satu jenis kebebasan yang
       merangkumi hak kebebasan dalam doktrin hak asasi manusia. Aristotle berpendapat
       sesetengah manusia dilahirkan   sebagai   hamba   dan   sesetengahnya   sebagai   kuasa.
       Pendapat ini disokong oleh Montesquieu. Namun Gratius menyangkal dan menyatakan
       bahawa perhambaan berlaku berpunca daripada peperangan di mana pihak yang kalah
       akan dijadikan hamba kepada pihak yang menang. Hobbes menganalogikan sistem
       pehambaan ini seperti sekumpulan lembu yang diketuai oleh seorang pengembala,
       sebarang hasil yang dihasilkan oleh lembu tersebut adalah hak dan kepunyaan pengembala
       lembu. Situasi ini sama seperti sistem perhambaan. Hal ini kerana, apabila menjadi hamba
       keperluan manusia seperti makan, minum dan tempat tinggal disediakan oleh tuan rumah
       namun mereka haruslah bekerja untuk tuan rumah tersebut. Rousseau menyangkal
       kesemua pendapat tokoh-tokoh ini dan menyatakan bahawa perhambaan merupakan satu
       proses yang berlaku secara semulajadi. Tidak ada sesiapapun yang mempunyai kuasa
       terhadap orang lain secara semulajadi dan tidak berhak untuk memaksa mereka menjadi
       hamba. Hak perhambaan tidak sah dan terbatal kerana perkataan hamba dan perkataan
       hak saling bercanggah di antara satu sama lain. Hak kebebasan berpolitik dan kebebasan
       beragama tidak bermakna jika manusia menjadi hamba.
          Tonggak doktrin hak asasi manusia yang ketiga ialah hak memiliki harta benda.
       Locke mengimplementasi  bahawa sebelum manusia mempunyai harta benda, mereka perlu
                            4
Kata-kata yang terdapat di dalam file ini mungkin membantu anda melihat apakah file ini sesuai dengan yang dicari :

...Hak asasi manusia merupakan asas dan pemangkin kepada kewujudan ianya bersifat universal tidak boleh dibahagikan serta saling bergantung diantara satu sama lain menurut kamus dewan ialah dasar seperti kebebasan bersuara beragama bergerak sebagainya walau bagaimanapun konsep maksud ini turut berubah mengikut peredaran zaman mempunyai tafsiran yang lebih meluas dalam perisytiharan sejagat konvenan antarabangsa sivil politik ekonomi sosial kebudayaan dibincangkan terbatas berikut i bercakap berkumpul menubuhkan persatuan daripada penderaan kesaksamaan di bawah undang berada berpolitik ii pendidikan pekerjaan rekreasi menikmati perkhidmatan minimum berkenaan kesihatan tempat tinggal persekitaran selamat rousseau setiap anggota masyarakat akan melepaskan individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan kepentingan bersama pemikiran beliau menjadi versi moden sepanjang pembentukan tamadun imbangan antara topik utama perdebatan berkaitan idea asal kemunculan berasal greek ahli falsafah aristot...

no reviews yet
Please Login to review.